Showing posts with label kisah seram. Show all posts
Showing posts with label kisah seram. Show all posts

Friday, September 5, 2025

TAMAR JALIS : EP6 - MELIHAT JEMBALANG AIR

 


TAMAR JALIS : EP6 - MELIHAT JEMBALANG AIR


"Aku kenal kau," pekik datuk. Serentak dengan itu tempat manusia berkepala anjing terus ghaib. Datuk menang dalam perjuangan ini. Tapi datuk memang tidak menduga manusia yang jadi kepala anjing itu, adalah manusia yang dikenalinya. Dia pernah bercakap dengan orang itu. Memang di luar dugaan perkara itu boleh berlaku. Apakah orang itu melakukan semuanya kerana mahu membalas dendam. Persoalan ini timbul dalam kepala datuk sepanjang malam.

Thursday, September 4, 2025

TAMAR JALIS : EP5 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN

 


TAMAR JALIS : EP5 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN


"Hai sahabatku, tunggu di sini, biarkan aku ambil kain kapan dan rambut perempuan, kemudian kau bawa barang‐barang itu pulang ke rumah kita kau tunggu aku di sana, aku tak boleh balik bersama, kerana banyak kerja yang mahu aku selesaikan," itulah yang dicakapkan oleh Anjang Dollah pada sahabatnya.

Tuesday, September 2, 2025

TAMAR JALIS : EP4 - KERETA DATUK TERSADAI DITEPI JALAN

 


TAMAR JALIS : EP4 - KERETA DATUK TERSADAI DITEPI JALAN


"Duduklah," datuk bersuara sambil merenung ke tepi dinding. Anak cucu merenung ke tepi dinding.Tidak ada siapa pun yang bediri di situ. Kemudian anak cucu datuk melihat buah limau tiga biji bergerakkerak bagaikan ada tangan yang menyentuh.

Sunday, August 31, 2025

TAMAR JALIS : EP3 - TIDUR DIRUMAH BUNIAN

 


TAMAR JALIS : EP3 - TIDUR DIRUMAH BUNIAN

Nenek pun menceritakan pada anak cucu, sepanjang bulan puasa yang lalu, datuk tidak pergi turun memburu, ia banyak menghabiskan masanya di kampung orang bunian, bersama isteri barunya, setiap kali datuk pulang, ia membawa buah tangan untuk nenek yang dibekalkan oleh orang bunian. Sebagai isteri yang setia, nenek tidak pernah bertanya tentang isteri muda datuk. Nenek tahu, kalau ditanya dan disoaljawab nanti datuk naik darah, akibatnya akan berlaku perteengkaran, kalau sudah bertengkarnanti mudah masam muka. Kalau ini terjadi tentulah tidak elok. Malu pada anak menantu dan cucu cicit.

Thursday, August 28, 2025

TAMAR JALIS : EP1 - BERCAKAP DENGAN JIN

 


TAMAR JALIS : EP1 - BERCAKAP DENGAN JIN


Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang‐nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu‐cucu aku jadi pemburu," tiba‐tiba datuk bersuara. 

Dia duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak‐anak cucunya sendiri.