Showing posts with label saka. Show all posts
Showing posts with label saka. Show all posts

Thursday, September 4, 2025

TAMAR JALIS : EP5 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN

 


TAMAR JALIS : EP5 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN


"Hai sahabatku, tunggu di sini, biarkan aku ambil kain kapan dan rambut perempuan, kemudian kau bawa barang‐barang itu pulang ke rumah kita kau tunggu aku di sana, aku tak boleh balik bersama, kerana banyak kerja yang mahu aku selesaikan," itulah yang dicakapkan oleh Anjang Dollah pada sahabatnya.

Friday, August 29, 2025

TAMAR JALIS : EP2 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN

 


TAMAR JALIS : EP2 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN

Bau harum yang sangat asing menyusuk lubang hidung datuk. Datuk merasa dirinya seakan‐akan melayang‐layang.

Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh kekuatan pancainderanya. Dia terasa ada sesuatu kuasa yang menyuruh dia kembali ke seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu dengan penuh keyakinan. Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia terdengar suara perempuan cantik itu ketawa. Datuk membuka mata. Perempuan cantik itu sudah tiada lagi di hadapannya. 

Datuk berpatah balik. Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya sudah hilang. Pandangnya tidak berkunang.

Thursday, August 28, 2025

TAMAR JALIS : EP1 - BERCAKAP DENGAN JIN

 


TAMAR JALIS : EP1 - BERCAKAP DENGAN JIN


Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang‐nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu‐cucu aku jadi pemburu," tiba‐tiba datuk bersuara. 

Dia duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak‐anak cucunya sendiri.