January 13, 2026

TAMAR JALIS : EP34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN

 


TAMAR JALIS  : EP34 – BERJANJI DENGAN SYAITAN

“Saya balik dulu”, tiba‐tiba Pak Mardan memberitahu datuk dalam perjalanan menuju ke masjid bandar Taiping untuk menunaikan sembahyang Asar.

Datuk tidak menjawab kecuali tersenyum sambiI meneruskan perjalanan ke masjid. Bila selesai sembahyang dan berdoa, datuk segera menghampiri Pak Mardan dan berkata:

"Adat orang berkawan, kalau datang berdua pulang pun berdua, mesti sabar dan setia serta bertimbang rasa"


"Saya ada hal”, balas Pak Mardan.

"Pelik juga, tiba tiba saja ada hal. Kita balik bas pukul tujuh sesudah sembahyang Maghrib di sini"

"Saya tak mahu. Saya nak pulang sekarang”, saya lihat muka Pak Mardan berubah. Matanya kelihatan bercahaya. Datuk termenung panjang.

"Terpulanglah pada awak. Cuma yang dikesalkan permintaan awak saya penuhi. Tetapi permintaan saya awak hampakan. Langkah dan rentak awak tak sama dengan saya”, datuk meluahkan perasaannya.

Pak Mardan diam. Tangan kanannya menekan jenang pintu. Dia merenung kearah datuk macam orang mahu bergaduh.

"Saya tak merasa rugi kalau tak berkawan dengan awak”, memang diluar dugaan saya Pak Mardan mahu berkata begitu pada datuk.

Darah saya naik dengan tiba‐tiba. Malu rasanya diri, bila datuk diperlakukan demikian. Saya bangun. Tiba‐tiba datuk memegang kaki kanan saya.

"Jangan ikut darah muda. Ilmu kau tidak sebanyak mana jangan cuba nak berlagak. Inilah salah satu sebabnya aku tidak mahu menurunkan ilmu aku pada kau. Kau terlalu pemanas”, kata datuk. Saya duduk kembali.

"Tak apalah Mardan. Pulanglah semoga Allah memberkati perjalananmu, terhindarlah kau dari sebarang kecelakaan dalam perjalananmu Mardan. Maafkan aku”, cukup lembut suara datuk dalam ruang lingkup masjid Taiping yang sejuk dan nyaman itu.

Pak Mardan tidak membalas cakap datuk itu, sebaliknya dia menghempaskan daun pintu masjid dengan sekuat hati. Dia melangkah meninggalkan masjid. Datuk termenung panjang, dia memerah otaknya memikirkan sikap Pak Mardan yang tiba‐tiba menjadi marah tanpa sebab. Akhirnya, datuk membuat kesimpulan apa yang dialaminya sebentar tadi sebagai satu pengalaman baru yang aneh dalam hidupnya.

"Ini satu ujian atau sememangnya dia mahu mencabar aku. Kerana dia tahu aku dengannya tidak seguru, bukan sikap aku membeli tidak bertempat”, keluh datuk dalam perut masjid sambil memandang kipas angin yang berputar.

Saya hanya memicit pangkal kening sambil merenung keluar menerusi tingkap masjid yang terdedah. Kenderaan dan manusia yang berjalan dijalan jelas kelihatan dalam sinarsinar matahari petang yang kian redup.

"Sabar itu kunci kebaikan dan marah itu punca kecelakaan. Itu pesan guru aku dulu dan pesan itu aku sampaikan pada kau Tamar untuk jadi pelita hidup kamu. Dunia ini penuh dengan misteri”, kata datuk merenung muka saya.

Datuk juga memberitahu saya sebab dia mengambil keputusan untuk pulang lewat kerana menurut gerak rasa pancainderanya, perjalanan yang dibuat sebelum matahari terbenam akan berhalangan besar. Sementara menanti matahari terbenam datuk menghabiskan masanya dengan membaca Al-Quran. Saya pun keluar dari perut masjid menuju ke sebuah kedai yang berdekatan. Saya membeli buku tulisan yang setebal dua puluh muka dan sebatang pensil yang sudah siap diasah.

Bila buku dan pensil berada di tangan, saya terasa lapang. Ada sesuatu yang mesti saya kerjakan sementara menanti datuk berhenti membaca AlQuran. Dengan menjadikan mata tangga masjid sebagai meja, saya terus menulis beberapa rangkap pantun orang tuatua yang saya minati dalam tulisan jawi yang tidak berapa cantik.

Kebanyakan daripada rangkap pantun itu saya perolehi daripada nenek. Semuanya berunsurkan nasihat dan tunjuk ajar yang baik. Bila ada masa terluang pantun yang saya tulis itu saya bacakan pada nenek, suka benar hatinya. Ini salah satu sebab yang mendorong saya untuk menulis pantun.

"Kenapa duduk menulis di sini, kamu anak siapa? Anak peminta sedekah mana pula yang mahu menumpang di sini? Di sini bukan tempat peminta sedekah. Masjid bukan rumah kebajikan”, berdesing telinga saya mendengar kata kata itu yang keluar daripada mulut seorang lelaki lima puluhan.

Orangnya kurus dan badannya agak bongkok bila berjalan, memakai kain pelekat dan baju Melayu, misainya tebal tidak padan dengan bentuk wajahnya yang kecil dan kering. Dia memakai songkok putih yang sudah bertahi lalat.

"Saya tunggu datuk saya"

"Mana datuk kamu?"

"Dalam masjid baca AlQuran"

Lelaki itu diam. Dia terus ke dalam masjid, ambil penyapu lalu membersihkan kesan kesan pasir yang terdapat ditangga masjid dan ruang hadapan. Tahulah saya bahawa lelaki itu menjadi siak masjid tersebut. Datuk selesai membaca AlQuran. Datuk menghampiri saya dan matanya memerhati dengan tajam ke arah Tuk Siak yang menyapu bahagian kiri masjid. Lama juga datuk tenung Tuk Siak yang berbadan melengkung.

"Tamar masuk ke dalam baca kitab atau Surah Yasin dari membuang masa di situ”, suara datuk yang agak tinggi dan keras itu membuat Tuk Siak berpaling ke arahnya. Tuk Siak datang mendekati datuk sambil membawa menyapu.

"Awak Mail. Dah lama kerja di sini?"

"Dah lama. Sejak bercerai dengan isteri, saya tinggalkan Kampung Paya Takung dan menetap di sini"

"Baguslah”, balas datuk dan mereka pun bersalaman.

Datuk menyatakan pada Mail (Tuk Siak) yang saya ini adalah satu satunya cucu yang paling disayangi dan selalu dibawa ke mana mana sebagai teman. Mail agak terkejut kerana dia memang tidak pemah mengenali saya. Cucu datuk yang lain lain dikenalinya. Saya memang jarang merayau dalam kampung walaupun jarak kampung saya dengan Paya Tekung tidaklah begitu jauh, lebih kurang sebatu saja.

"Semalam saya ke rumah. Orang rumah kata awak dah keluar dan belum tentu bila baliknya”, kata Mail.

"Apa halnya?"

"Nak minta awak tolong ikhtiarkan tentang anak saya"

"Apa kenanya?"

"Dah berbulan bulan terbaring dalam bilik. Kadang kadang menjerit jerit dan terpaksa diikat. Dua tiga orang tak boleh terpegang"

"Kita bukan pawang, kita bukan bomoh tapi kalau nak mencuba bolehlah. Kita berikhtiar, yang menentukan Allah"

Mail terdiam. Kerutkan mukanya sambil mengigit bibir. Dari gerak matanya, saya kira ada rasa kesangsian bermain dalam hatinya tentang kemampuan datuk. Sudah berbelas dukun dan pawang yang handal dipanggil, tetapi, semuanya gagal. Semua doktor yang ditemui mengatakan anaknya tidak mengalami apa apa penyakit. Matahari yang tersangkut di langit bandar Taiping kian menurun, sinarnya bertambah redup. Di kemuncak Bukit Maxwell (sekarang Bukit Larut) kelihatan kabus tebal.

"Kita berikhtiar, itupun kalau kau mahu”, datuk bersuara membuat Mail yang termenung itu terkejut.

Dia anggukkan kepala tanda setuju. Dan Mail memberitahu pada datuk, jika anaknya itu diletakkan di bawah pokok asam kumbang besar dibelakang rumah, dia akan segar dan berkeadaan seperti orang biasa.

"Begini saja. Lepas sembahyang Isyak aku ikut kau ke rumah melihat dulu keadaannya”, beritahu datuk pada Mail.

"Saya ingat kita pergi sekarang"

"Boleh juga, dimana rumah kau?"

"Di Kampung Pinang. Saya beli tanah di situ dan buat rumah. Saya dah kahwin dengan orang Kulim"

"Baguslah”, datuk senyum dan Mail menyatakan pada datuk, bahawa nenek saya yang ditemuinya semalam tetap sihat.

Untuk pergi ke rumah Mail, saya dan datuk terpaksa naik lanca (beca roda tiga) yang dikayuh oleh seorang lelaki bangsa India, sedangkan Mail mengekorinya dengan basikal. Waktu membelok di satu selekoh, beca yang kami naiki berlaga dengan sebuah kereta. Badan datuk yang tercampak dari beca menghentak dinding kereta Morris Minor kepunyaan guru besar Sekolah Melayu Selama yang baru dua hari lulus ujian memandu.

Dalam perlanggaran itu, saya tidak apa apa. Tetapi, tayar beca sebelah kanan jadi macam angka lapan.

Dinding kereta Morris Minor remuk dan pintunya tidak boleh dibuka, melihat keadaan kereta itu, hati saya berdebar. Tentu datuk mengalami kecederaan yang parah. Saya tersentak bila melihat datuk boleh bangun sambil mengibas ngibas kesan batubatu kecil yang terletak di pakaiannya. Dia tidak luka dan tidak pula bengkak. Guru besar segera keluar dari perut kereta dengan wajah yang masam dan mula menyalahkan penarik beca. Pertengkaran pun berlaku, masing masing tidak mahu mengaku salah.

Penarik beca kepal buku lima. Guru besar lipat lengan baju. Mereka mahu beradu kekuatan. Orang ramai mula berkumpul.

"Mana yang rosak biar saya baik”, ujar datuk lalu memukul dinding kereta dengan tapak tangan kiri.

Bahagian dinding yang remuk elok kembali. Kemudian datuk memegang tayar beca yang jadi angka lapan. Dia urut tiga kali macam urut tangan yang bengkak. Tayar beca itu kembali elok macam asal.

Dalam keadaan orang ramai kelam kabut begitu datuk menarik tangan saya meninggalkan kawasan kejadian sesudah memberi wang pada pemandu beca itu.

Akhirnya kami sampai juga ke rumah Mail dengan beca lain. Di rumah barulah saya mendapat tahu dengan jelas tentang Mail. Di samping menjadi siak dia juga menguruskan pengebumian jenazah orang yang mati di penjara Taiping kerana hukuman gantung (jika tidak dituntut oleh pihak waris). Setelah bercerai dengan isterinya yang dulu, dia membawa anak sulungnya tinggal bersamanya. Setelah anaknya tamat sekolah melalui jasa orang besar Jajahan Larut yang bergelar Tengku Menteri (kalau tak silap saya), anaknya itu dapat bekerja sebagai budak pejabat di Jabatan Ukur. Sejak bekerja, anaknya tidak tinggal bersamanya lagi. Tinggal bersamasama kawankawan dengan menyewa rumah di pinggir bandar Taiping, tidak jauh dari kawasan perumahan sesak di Tupai.

"Naik”, kata Mail.

Saya dan datuk pun ikut perintahnya. Kami terus masuk ke bilik anaknya terlantar, tidak bergerak kelihatan macam mayat. Badan kurus dengan pipi yang cekung.

"Siapa namanya Mail?"

"Razman, orang panggil Man"

"Jadi nama panggilan sehari hari Man ya. Emaknya siapa namanya?"

"Munah"

"Umurnya?"

"Umur siapa emak atau anak?"

"Anak"

"Dua puluh tiga tahun"

Datuk rapatkan mulut ke telinga Razman dan membisikkan sesuatu. Tiba tiba Razman membuka mata dan bangun. Dia kelihatan gagah berdiri sambil bertempik dan melompat. Tali belati yang mengikat kakinya terputus. Razman melompat ikut tingkap dan terus lari ke bawah pokok asam kumbang. Duduk bersila di situ, dengan kedua belah tangannya terletak atas kedua tempurung lutut, macam pelajar silat menerima amanat dari guru silat.

"Anak awak ni dah silap langkah”, beritahu datuk pada Mail sambil turun dari rumah menuju ke bawah pokok asam kumbang.

Beberapa ela lagi mahu sampai ke bawah pokok tersebut, datuk mencabut sebatang pokok kecil.

Dengan pokok itu datuk membelasah belakang Razman hingga lembik. Kemudian datuk dukung Razman pulang. Di rumah datuk menggosok belakang Razman dengan pucuk pisang nangka hingga kesan berbalar kena pukul itu hilang. Datuk letakkan Razman betulbetul di bawah tulang bumbung rumah.

"Jangan diubah ubah hingga saya datang pada sebelah malam nanti”, pesan datuk pada Mail.

"Mahu ke mana pula?"

“Ke masjid tadi, saya nak membuat amalan sedikit. Mudah mudahan dengan izin Allah sakit anak awak akan pulih"

"Baiklah”, sahut Mail.

Saya dan datuk kembali ke masjid semula. Selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk terus membaca Al-Quran. Kira kira pukul tiga pagi sesudah datuk melakukan sembahyang tahajjud dua rakaat, barulah saya dan datuk pergi ke rumah Mail. Perjalanan pada sebelah malam itu agak berbeza dengan perjalanan waktu siang. Sebelum keluar masjid datuk suruh saya ikat mata dengan kain. Bila kain dibuka saya sudah berada di kaki tangga rumah Mail. Perkara pertama yang datuk lakukan bila duduk di hadapan Razman ialah meminta segelas air sejuk. Setelah air itu ditawar jampi datuk basuh muka

Razman dengan air itu. Datuk pegang dan tekan tulang rusuk sebelah kanan Razman dengan jari hantu.

"Man, dari mana kau dapat semuanya ni?" datuk menyoal.

Razman membuka mata. Terkelip kelip macam mata katak puru kena sembur air. Mulutnya terkumat kamit tanpa suara. Kemudian Razman rapatkan matanya kembali. Kaku. Datuk mengulangi perbuatannya itu selama tiga kali berturut‐turut. Semuanya gagal. Datuk lalu meminta Mail mencari seekor ayam jantan putih. Permintaan itu Mail tunaikan. Bila ayam jantan putih berada dalam tangan datuk, dia segera meninggalkan ruang rumah masuk ke bawah rumah.

Datuk sembelih ayam itu betulbetul di bawah lantai tempat Razman baring. Darah ayam itu datuk isikan dalam cawan putih. Datuk juga memberitahu Mail apa yang dilakukannya terhadap Razman jangan ditegur, walaupun perbuatan itu nampak kejam dan tidak bertimbang rasa. Datuk bawa darah ayam dalam cawan putih keatas rumah. Datuk dekatkan cawan yang berisi darah itu ke hidung Razman. Bila tercium bau darah ayam, Razman segera bangun macam orang sihat mahu meminum darah. Datuk tampar muka Razman dengan sekuat hatinya hingga Razman rebah atas tempat tidurnya kembali.

"Setakat ini sahaja. Esok aku ikhtiarkan lagi”, beritahu datuk pada Mail.

Mail anggukkan kepala dan terus masuk ke bilik tidur. Saya dan datuk pergi ke anjung rumah dan tidur di situ. Malam itu saya tidak mengalami sebarang mimpi yang aneh. Tetapi diri datuk saya tidak tahu. Subuh itu, sesudah menunaikan sembahyang subuh dan mandi air em‐bun, datuk terus mendukung

Razman ke bawah pokok asam kumbang. Kaki Razman diikat dengan tali sabut ke sebatang anak pokok.

Datuk membiarkan sinar matahari pagi yang cemerlang menikam kulit badan Razman.

"Mail, biarlah aku dengan di temani oleh Tamar selesaikan kerja ni. Kau tak usah tengok, nanti kau takut. Aku minta kau pergi ke masjid dan baca AlQuran disamping berdoa pada Allah supaya sakit anak kau sembuh”

"Baiklah, tapi awak tak minum lagi?"

"Aku terpaksa berpuasa waktu menjalankan kerja ini. Tamar juga begitu”

"Pelik juga sakit anak saya ni”

"Inilah dunia. Banyak manusia jadi korban syaitan dan iblis semata mata kerana nafsu jahat. Anak kau salah seorang daripadanya”

Saya lihat mulut Mail yang berbadan melengkung itu terlopong. Tanpa banyak bicara dia meninggalkan kami. Datuk sudah pun mengenakan pakaian serba hitam. Dia duduk bersila tidak jauh dari tempat Razman terbaring. Datuk minta saya menumpahkan darah ayam dalam cawan di hujung lututnya. Saya lakukan. Datuk pun mula bertafakur. Matanya terpejam rapat.

Kedua belah tangannya memeluk dada erat erat. Matahari pagi memancar dengan cantik sekali. Tiba tiba Razman mengeliat macam orang baru bangun tidur. Dia tersenyum dan duduk bersila macam datuk.

Datuk petik ibu jari kaki kiri tiga kali berturutt urut. Saya terus membaca beberapa potong ayat AlQuran dan Surah AnNisa’. ltu pesan datuk yang saya mesti patuhi. Tiba tiba dari tompokan darah ayam di hujung lutut datuk menjelma seekor ayam jantan putih. Terus berkokok dengan nyaring. Ayam jantan itu segera menuju kepada Razman.

Dan Razman membelai belai badan ayam sambil memerintahkan ayam jantan itu berjalan kesana ke sini. Apa yang dikatakan oleh Razman, diikuti oleh ayam itu. Datuk meluruskan tangan kirinya ke depan.

Manakala tapak tangan kanannya melurut lengan kirinya dari pangkal hingga ke hujung perlahanlahan. Bila urutan itu sampai ke hujung jari, ayam jantan yang mengikut perintah Razman hilang. Razman melompat Iompat dan menjerit. Dia marah kerana datuk menghilangkan ayam jantan putihnya.

Mujurlah tali sabut yang mengikat kakinya kuat. Ikatan yang datuk lakukan ini bukan sebarang ikatan. Ikat bersyarat dan berpetua. Kalau tidak pasti putus, kerana tenaga Razman ketika itu cukup luar biasa. Semua anak anak pokok getah, halba dan pokok janggut keli sekitarnya dicabut dengan mudah. Perkara yang nyata memang ada perlawanan kebatinan antara datuk dengan kuasa tertentu yang melindungi Razman.

Buktinya, muka datuk berpeluh. Urat urat tangannya timbul, kedua belah bahunya bergerak macam menarik sesuatu dari direbut oleh pihak lain. Akhirnya Razman lemah sendiri. Terbaring atas tanah. Datuk bertafakur lagi. Dalam sinar matahari yang mula keras itu, tiba tiba menjelma bapak kambing hitam meluru ke arah Razman.

Kambing jantan mencium dahi Razman dan Razman pun bangun lalu menepuknepuk belakang kambing hitam. Melihat keadaan yang ganjil itu, datuk jadi resah. Datuk menggenggam kedua belah tangannya dan dilapis dua. Genggam tangan kiri sebelah atas, genggam tangan kanan sebelah bawah, macam budak budak main tum tum bak. Dia rapatkan mata. Dia bangun perlahan lahan dan berdiri sebelah kaki.

Kaki kanannya dibengkokkan. Bila kaki kanannya diluruskan dan dihentakkan ke bumi sekuat hati, kambing jantan yang menjelma secara tiba‐tiba mengembik sekuat hati, macam kena curahan air panas dan terus hilang. Razman rebah kembali. Matahari kian meninggi. Datuk merenung ke perdu pokok asam kumbang yang berdaun lebat. Badan saya mula berpeluh terutama di pangkal kedua belah ketiak.

Perut mula terasa dimasuki angin, akibatnya saya sendawa bertalutalu. Panas pagi itu memang lain macam rasanya, kulit muka terasa cukup pedih.

Datuk mengalih pandangannya dari perdu pokok asam kumbang ke arah rumpun lalang di sebelah barat daya secara perlahan Iahan. Tapak tangan kirinya menekan pangkal dada kiri dan melurut ke bawah perlahan-Iahan. Bila pandangannya sampai kepada matlamat, tangan kirinya lurus ke bawah. Tetapi, jari telunjuknya menekan pangkal belikat. Mulutnya saya lihat bergerak gerak, macam membaca sesuatu.

Lama juga datuk merenung perdu lalang yang tumbuh liar itu.

"Kita bawa Razman segera balik”, kata datuk.

Bila datuk memegang pangkal tangannya, Razman segera mengelupur. menendang dan menumbuk datuk. Datuk menepis dengan cepat. Tetapi tendangan Razman dari sebelah kiri tidak dapat dielakkan.

Datuk tersungkur. Mukanya tersembam ke bumi. Saya lihat kekuatan Razman memang luar biasa. Pergerakannya cukup tangkas macam orang sihat. Razman mula menerkam dan mahu memijak belakang datuk. Cepat cepat datuk melarikan badannya ke kiri hingga keluar dari bawah baying bayang pohon asam kumbang. Razman tidak dapat melepasi baying bayang pokok asam kumbang. Bila dia terkeluar dari kawasan baying bayang itu tenaganya jadi lemah. Datuk menyedari tentang hal itu.

"Carikan aku batang tepus”, pekik datuk pada saya.

Saya toleh ke kiri, toleh ke kanan. Batang tepus tidak juga saya nampak.

"Cari sebelah matahari jatuh. Tak jauh dari pokok talang”, suara datuk cukup lantang.

Perintahnya saya akur. Memang betul cakap datuk. Batang tepus saya temui berdekatan dengan pokok talang berbatang licin. Saya cabut sebatang dan berlari ke arah datuk lalu menyerahkan batang itu padanya. Datuk mara lalu memukul bertalu talu pada badan Razman. Saya lihat Razman menjerit dan terlompat Iompat bila batang tepus menjamah tubuhnya. Akhirnya, datuk hentak pangkal sikunya dengan sekuat hati ke pangkal bahu Razman. Razman melayang rebah ke bumi. Saya kira tulang bahunya pasti patah dua. Razman tergolek macam ayam kena langgar lori tentera.

Datuk gosok bahagian bahu Razman yang dihentakkan dengan pangkal sikunya. Kemudian datuk gerakkan tangan Razman berkalikali. Urut lagi dua kali dan gerakkan ke kiri dan ke kanan. Datuk tepuk bumi dan dada Razman. Saya lihat Razman bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk menghampiri saya.

"Tangannya yang patah sudah aku betulkan atas izin Allah. Sekarang kita bawa dia pulang”, kata datuk.

Dia pun memikul batang tubuh Razman. Saya mengekor dari belakang dan saya terasa macam ada baying bayang orang memburu saya. Rumput kiri kanan saya lihat macam dipijak orang dalam sinar matahari yang keras.

Anehnya, saya tidak nampak apa apa. Tiba‐tiba saya rasa bahu kanan bagaikan ditampar orang. Pedihnya bukan kepalang. Saya terus melangkah, peluh terus meleleh di dahi dan mengalir ke pangkal dagu. Kulit muka terasa pedih dan gatalgatal. Dalam hati saya terus membaca Surah AnNas dengan tenang. Gangguan itu tidak berlaku lagi pada diri saya.

Bila sampai di rumah, datuk pun meletakkan Razman di tempatnya. Saya lihat jam di dinding rumah sudah pukul sebelas pagi. Dari tingkap rumah Mail, saya melihat kemuncak Bukit Larut yang berkabus tebal. Datuk bersandar pada tiang seri. Lima belas minit kemudian Mail pun pulang. Tidak banyak yang ditanya oleh Mail terhadap kerja kerja yang dilakukan oleh datuk. Mail terus masuk ke biliknya untuk menghisap rokok. Dia tahu datuk berpuasa hari itu. Mail tahu, tidak manis menghisap atau makan di depan orang yang berpuasa. Mail keluar, duduk bersila di depan datuk.

Datuk masih lagi termenung panjang. Perhatiannya tidak tertumpu apa yang berlaku di depannya. Datuk bagaikan berada di dunia lain. Saya tahu bagaimana mahu menyedarkan datuk supaya kembali dalam keadaan biasa.

Saya pun melipat bucu tikar mengkuang dan menindihkannya dengan lutut. Saya gigit kuku jari kanan sekuat hati sambil pura pura batuk. Apa yang saya lakukan berhasil menyedarkan datuk. Petua yang saya jalankan itu saya peroleh dari datuk juga. Harus digunakan dalam keadaan yang tertentu mengikut hari dan bulan Islam di samping mem‐perhitungkan masa.

"Mail”, datuk bersuara sambil merenung wajah Mail. “Ada tak kejadian‐kejadian aneh berlaku di pokok asam kumbang tempat anak kau suka pergi tu?", tambah datuk.

Mail luruskan kaki kanan. Datuk tarik nafas panjang. Mata saya terus merenung apa yang ada dalam ruang rumah. Rasa panas bertambah kurang kerana angin yang bertiup di luar masuk ke ruang rumah menerusi tingkap dan pintu yang terdedah.

"Ada”, jawab Mail.

"Apa dia?"

"Di bawah pokok asam kumbang itu dulu tempat orang mati bertembak"

"Siapa menembaknya Mail?"

"Penjahat itu berbalas tembak dengan pihak polis”

"Siapa namanya Mail?"

"Din Taiwan”

"Waktu matinya petang atau tengah malam?"

"Tengahari, kata orang waktu rembang lebih kurang pukul dua belas tengahari”

Datuk menggigit lidah mendengar keterangan dari Mail itu. Dan Mail memberitahu datuk bahawa Din Taiwan masa hidupnya memang terkenal sebagai kaki rompak yang handal. Namanya amat ditakuti oleh penduduk sekitar Daerah Larut. Sikapnya tidak ubah macam kata orang tuatua, beraja di mata, bersultan di hati.

"Kaki botol, kaki rogol. Dia memang pelesit”, keluh Mail.

Datuk tersenyum. Saya memperkemaskan sila. Mail merenung wajah datuk yang kelihatan tenang. Perut saya mula terasa pedih dan lapar. Bau sambal tumis petai membuat saya bertambah lapar lagi. Dalam kepala saya membayangkan betapa enaknya keluarga Mail makan tengahari nanti. Kalaulah saya tidak berpuasa, dua pinggan nasi tentu habis saya telan.

"Kata orang dia banyak ilmu”, tambah Mail.

"Ilmu untuk dunia tanpa ilmu akhirat selalunya membuat manusia sesat”

"Betul. Cuma yang anehnya bila dia dibawa ke hospital dan pada sebelah petangnya saya pergi ke tempat itu, saya lihat kesan kesan darah Din Taiwan di tanah hilang, macam ada orang yang mengambilnya”

Datuk terkejut mendengar cerita dari Mail. Muka Mail saya renung. Datuk bangun, berdiri di muka tingkap merenung ke luar. Dia tidak berkata walau sepatah pun. Datuk macam memikirkan sesuatu.

Datuk terus melangkah ke anjung rumah dan tidur.

Datuk bangun bila waktu Zuhur tiba dan terus sembahyang. Sementara menanti masuk waktu Asar, datuk terus membaca AlQuran. Lepas sembahyang Asar datuk dan saya pergi lagi ke bawah pokok asam kumbang. Dalam jarak dua puluh kaki dari pokok itu, datuk membentangkan sehelai kain pelikat dan kami duduk di atasnya. Matahari sudah condong, sinarnya tidak sekeras tadi.

"Jangan tegur apa yang kau lihat”, bisik datuk kepada saya sambil menye‐litkan sehelai daun lalang ke telinga kiri saya.

Datuk juga menyelitkan daun lalang ke telinganya. Saya terasa keadaan keliling telalu sepi. Dunia bagaikan tidak ada penghuninya.

"Tumpukan seluruh pancaindera kamu Tamar pada alam lain”, saya terdengar sayup sayup suara datuk.

Dan saya terasa badan bagaikan berada diawang‐awangan sebentar. Hujung baju datuk saya pegang erat erat.

"Buka mata kamu Tamar”, datuk memerintah.

Cakapnya saya patuhi. Mata saya tertumpu pada pangkal pokok asam kumbang. Saya terlihat seorang lelaki jatuh berlumuran darah. Lelaki itu hilang dan saya lihat batang tubuh datuk terbongkok bongkok mengambil tanah yang ada kesan darah dari lelaki itu. Datuk juga turut hilang. Dalam keadaan separuh sedar itu, saya terasa peha saya ditampar oleh datuk. Saya toleh ke arahnya. Datuk tersenyum daun lalang yang berada di celah telinga saya sudah pun berada di tangan datuk.

"Sekarang sudah tahu puncanya dengan izin Allah sakit Razman boleh diubati tetapi dia harus memulangkan barang yang diambilnya kepada orang yang berhak”, beritahu datuk pada saya. Matahari kian condong. Datuk masih lagi belum mahu bergerak dari tempat duduknya. Dia memberitahu saya, bahawa saya dan dirinya harus berada di situ hingga remang remang senja. Menurut datuk diri saya dan dirinya tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Bagi datuk duduk di situ tidak menimbulkan sebarang masalah kerana ada saja kerja yang di buatnya. Mulutnya sentiasa terkumatkamit dan anggota badannya yang lain juga selalu bergerakgerak.

Bila hari sudah remangremang senja, datuk pun menghentakkan kakinya ke bumi. Seluruh kawasan itu berbau harum. Saya terpandangkan bayang orang perempuan yang tidak begitu jelas duduk bersimpuh di hadapan datuk.

Tetapi melihat gaya perempauan itu duduk dan cara dia bertudung, saya yakin perempuan itu ada‐lah isteri muda datuk iaitu, orang bunian. Perempuan itu bercakap dengan datuk. Saya tidak dapat menangkap dengan jelas apa yang diperkatakan oleh datuk dengan perempuan itu. Dengan sekelip mata perempuan itu hilang. Bekas tempat perempuan itu duduk terdapat tiga longgok tanah yang berdarah.

Datuk terus berpeluk tubuh. Matanya merenung lurus ke depan. Dia menarik nafas.

Datuk hulurkan kaki kiri ke arah ketigatiga longgok tanah yang berdarah. Bila kakinya dilipatkan kembali seperti asal, saya lihat dari tanah longgok pertama keluar ayam jantan putih. Dari longgok kedua keluar kambing dan dari longgok ketiga terdampar mayat lelaki. Kerana longgok tanah yang berdarah sederet, semua jenis makhluk yang keluar darinya beratur sederet.

Reman gremang senja bertambah hitam. Angin mula menampar nampar dedaun asam kumbang. Bunyi desiran angin itu cukup kuat bersama titik gerimis yang sambung menyambung. Saya terasa cukup seram. Ada bermacam macam bunyi yang saya dengar. Ada suara orang minta tolong. Ada suara ayam berkokok, ada suara kambing mengembik. Akhir sekali saya terdengar suara orang lelaki memuja sesuatu, suara itu macam suara Razman. Datuk menamparkan tapak tangan kanan ke tapak tangan kiri, serentak dengan itu, saya lihat batang tubuh Razman berdiri bagaikan baying bayang dalam warna senja yang kian beransur gelap. Ketiga tiga makhluk yang terdampar di hadapan datuk bergerak dan menuju ke arah Razman lalu hilang meresap ke dalam tubuhnya.

Bayang bayang Razman hilang lalu diganti dengan suara perempuan mengilai di atas pucuk pokok asam kumbang. Suara perempuan mengilai itu cukup nyaring dan akhirnya, pokok asam kumbang bergegar macam di goncang oleh sesuatu. Buah buah asam kumbang yang muda berguguran atas bumi Suasana menjadi seram. Angin terus bertiup dan suara gagak mula kedengaran.

Macam macam lembaga yang amat menakutkan wujud di hadapan saya dan datuk. Tetapi datuk tidak menampakkan rasa takut atau bimbang. Dia bagaikan yakin apa yang dikerjakannya akan berjaya. Datuk terus membaca Surah AlKursi dengan tenang dan teratur. Bila semuanya sudah selesai dibaca, datuk bangun lalu menghentakkan tumit kaki kirinya ke bumi. Semua yang ada dihadapan hilang terus.

"Syaitan”, kata datuk lalu mengajak saya pulang.

Dalam perjalanan pulang itu datuk memberitahu saya, bahawa Razman telah memuja darah orang mati dibunuh untuk sesuatu maksud yang jahat. Tetapi dia tidak dapat menunaikan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syaitan untuk dilaksanakannya. Akibatnya dia jatuh sakit dan ilmu salah yang dituntutnya itu memakan dirinya sendiri. Razman menguji ilmunya dengan darah ayam dan kambing.

Ternyata ilmunya itu berjaya. Ayam dan kambing jelmaan yang didampingi oleh syaitan akan mengikut semua perintahnya. Kemudian Razman mengambil darah orang mati di bunuh di bawah pokok asam kumbang. Darah orang mati di bunuh itu dipuja dengan menggunakan beberapa kelengkapan tertentu di bawah pokok tersebut.

"Darah orang mati dibunuh tu dipuja waktu bunga senja”, ujar datuk pada saya dengan tenang.

Saya anggukan kepala dalam langkah senja yang kian gelap. Tetapi langit kelihatan bersih dan cerah.

"Darah tu dipuja tujuh Jumaat. Orang yang melakukan pemujaan tu bersemadi menghadapi arah matahari naik dan arah angin tanpa memakai pakaian kecuali cawat untuk menutup bahagian kemaluan”, beritahu datuk lagi.

No comments:

Post a Comment